Kursus Asas Microsoft Word
8 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 6 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 4:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 8 orang dan terdiri daripada golongan pelajar dan suri rumah Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Online Grooming + Mobile E-waste juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya tidak tertipu dengan segala maklumat di laman sosial dan memberikan pendedahan tentang mobile e-waste.
Melalui Kursus Asas Microsoft Word para peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan microsoft word seperti berikut; pengenalan microsoft word, cara menaip dan mengubah perkataan, cara mengubah warna perkataan, cara mengubah gaya perkataan, cara membesarkan dan mengecilkan perkataan, cara mengubah jarak antara baris, cara membuat senarai berbullet, cara mengubah penjajaran perkataan, cara memasukkan gambar, cara memasukkan jadual, cara memasukkan sempadan halaman, cara menyimpan dokumen. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft word secara asas untuk menaip dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: